Thursday, October 16, 2014

Ejen Jual Rumah untuk Uruskan Jualan Rumah anda


Mencari Ejen Jual Rumah Tanah Banglo Apartment Teres Terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor

ejen anda untuk jual rumah, tanah, lot banglo, apartment, kondo, rumah teres
ejen anda untuk jual rumah, tanah, lot banglo, apartment, kondo, rumah teres

Anda dalam perancangan untuk menjual rumah, tanah, lot banglo, apartment, kondo, rumah teres? 

 Tapi tak tahu apa perlu buat. Saya boleh bantu anda. Jangan risau, urusan telus dan tiada unsur penipuan. Semua perkhidmatan adalah professional dan ada hitam putih menggunakan peguam lawyer.

Anda boleh buat sendiri urusan penjualan hartanah anda namun dari pengalaman saya, penat dan susahnya amat tidak berbaloi. Namun, semuanya atas pilihan tangan tuan-tuan dan puan-puan sekalian (cakap dari pengalaman). Penjualan sesuatu hartanah melibatkan banyak pihak bermula daripada PBT, TNB, IWK, Pengurusan Air, Peguam SNP, Peguam Loan Bank, Penilai Hartanah Bertauliah, Pegawai Bank, Perbendaharaan Negara dan banyak lagi.

Antara perkara-perkara perlu diketahui jika anda bercadang untuk jual rumah, tanah, lot banglo, apartment, kondo, rumah teres anda:

Anda boleh menjual sendiri rumah anda atau melantik ejen hartanah berdaftar yang berpengalaman untuk menjualkannya.  Ada kebaikan dan ada keburukan jual rumah atau hartanah guna ejen.

 

Tips Jual hartanah: Prosedurnya adalah seperti berikut :

  1. Apabila pembeli bersetuju membeli rumah, mereka akan membayar 3% duit booking atas nama agensi ejen hartanah anda (ingat nama AGENSI, bukan INDIVIDU!). 2.75% jika rumah lebih RM500k. Agensi ejen hartanah anda bertindak sebagai pemegang amanah sehingga Perjanjian Jual Beli rumah anda ditandatangi oleh pembeli dan penjual.
  2. Selepas pembeli membuat bayaran booking, mereka akan menandatangani Letter Offer to Purchase atau surat tawaran untuk membeli yang disediakan oleh ejen hartanah anda. Anda juga perlu menandatangani surat tersebut tanda persetujuan  urusan jual beli dengan terma dan syarat yang terkandung di dalam surat tersebut.
  3. Seterusnya ialah pembeli dan penjual akan menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) dalam masa 14 hari. Ketika ini, pembeli akan membayar 7% deposit kepada penjual melalui pihak peguam. Anda akan menerima surat perjanjian tersebut selepas ianya dimatikan stem.

    Cara kiraan S&P:

    1% daripada RM150k pertama
    0.7% daripada 150,001 - RM850k berikutnya
    0.5% jika lebih RM850,001 - RM2juta
    * Tertakluk minimum RM300.00

    Contoh kiraan kos S&P jual beli rumah atau hartanah

    Rumah Berharga RM500k
    1% daripada RM150k = RM1500.00
    RM500k-RM150k = RM350k
                                  = RM350k X 0.7%
                                  = RM2450.00
    Jumlah perlu bayar S&P = RM1500 + RM2450 = RM3950.00
  4. Selepas tandatangan surat perjanjian jual beli, proses seterusnya bergantung kepada status Geran anda. Pihak peguam akan menyelesaikan dahulu status-status yang berkenaan di dalam geran anda. Status-status ini termasuklah status Freehold (Pegangan Bebas) atau Leasehold (Pajakan), Master Title atau Individual / Strata Title, Malay Reserved (Rezab Melayu) dan status-status lain.
  5. Selepas isu geran tadi diselesaikan, pihak pembeli atau bank pemberi pinjaman pembeli perlu menjelaskan baki 90% harga jualan rumah anda dalam masa 90 hari. Semua urusan ini diuruskan oleh peguam.
  6.  Sekiranya pihak pembeli tidak dapat menyelesaikannya dalam masa 90 hari, maka pembeli akan diberi tambahan masa selama 30 hari, tetapi penalti sebanyak 8-10% setahun dikenakan ke atas pembeli.
  7. Sebelum kunci diserahkan secara rasmi oleh pihak peguam kepada pembeli, pihak peguam akan memastikan yang semua baki pinjaman penjual telah dilunaskan dan semua bil-bil dan cukai-cukai yang di bawah tanggungan penjual dilunaskan terlebih dahulu. Kemudian baru kunci diserahkan secara rasmi.

 Kenapa anda perlu lantik saya sebagai ejen property anda?

1- Urusan secepat yang boleh. Saya tak suka bertangguh kerja (Berdasarkan Pengalaman).
2- Follow up kan untuk anda...anda tak perlu buat kerja (saya bukan ejen PEMALAS)
3- Bantu anda sampai kunci ada di tangan anda!

Semoga kerjasama tuan-tuan dan puan-puan dengan saya boleh mempercepatkan urusan pemindahan hak milik..

* Tapi tuan-tuan perlu faham perkara-perkara seperti Prosedur di atas. Ada kos yang pemilik perlu tanggung/selesaikan terutamanya hutang cukai tanah/cukai maintenance fee/insurans kebakaran/bil elektrik dan air tertunggak dan lain-lain. Jangan lepas tangan..jika mahu pembeli uruskan, perlu faham bahawa itu adalah nego dengan pembeli dan bukannya wajib ditanggung pembeli (kalau nego biasa kene turunkan harga sikit-tolak ansur).

* Urusan jual beli bukan boleh selesai dalam masa seminggu. Saya akan terangkan prosedur dan cara jual rumah, tanah, lot banglo, apartment, kondo, rumah teres kepada anda dengan teliti dan mudah difahami. Perkara-perkara ini tak boleh diubah (Contoh: Tempoh lulus loan pembeli, tempoh siap penilaian, urusan pejabat tanah dan lain-lain) namun ada strategi untuk cepatkan (ejen memang mahir selok belok jual beli hartanah ni).

Lebih tips dan info Property KL Selangor = https://www.facebook.com/hartanahmurahklselangor


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:
        
        v Pelaburan ASB Terbaik



SPONSORED


No comments:

Post a Comment

Back To Top