Sunday, July 28, 2019

CERITA BANGLO IDAMAN DI PERAK

CERITA BANGLO IDAMAN
(Berdasarkan Pengalaman Sebenar)

Semua orang mesti ada keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang besar, cantik, selesa dan yg paling penting mesti nampak GAH dimata jiran, kawan2 dan saudara mara yg melihat rumahnya.

Ini semua tidak menjadi kesalahan kerana  kita semua patut memiliki sebuah impian untuk dilaksanakan jika mampu.

Tapi tahukah anda kebanyakkan pemilik-pemilik rumah besar bertingkat- tingkat ini yg pernah hubungi saya untuk jualkan semula rumahya pada usia tua kerana faktor tinggal berseorangan setelah anak-anak tinggal jauh di perantauan, kerana sakit lulut tak boleh naik tangga, faktor kesihatan yang tak boleh nak mentain rumah, faktor keselamatan kerana tinggal berseorangan  dan Sebagainya.

Akhirnya mereka terpaksa tinggalkan rumah impian kerana ikut tinggal bersama dengan anak2 dan ada juga yg terpaksa mencari rumah teres kerana mahukan jiran lebih dekat kerana kalau jadi apa2 boleh orang tahu dengan cepat.

Lebih malangnya, kebanyakkan rumah-rumah sebegini agak susah untuk dijual semula kerana Rekabentuk dan susun atur rumah mengikut kehendak kita sendiri dan bukanya kehendak bakal pembeli, kerana valuenya yang agak tinggi menyebabkan hanya segelintir Pembeli yang layak sahaja boleh beli ditambah pula jika geran rumah tersebut lot bumiputera ataupun rizab melayu yang akan menyukarkan lagi penjualan rumah tersebut.

Oleh yang demikian, jika ingin membina rumah impian, perlu difikirkan faktor apabila sudah tua nanti adakah anda boleh bertahan dengan keadaan rumah tersebut.

Ingin Membeli atau Menjual rumah?
Boleh hubungi :
Juman - REN 20427
EJEN HARTANAH PERAK
Tel : 011-14687904



No comments:

Post a Comment

Back To Top